Thursday, May 6, 2010

Gathering Foot & Bias Binding Foot

Minggu lepas, aku ke kedai Mr. Linggam (LSN) untuk beli aksesori tambahan.. Apa lagi kalau bukan tapak2 mesin jahit :D
2 jenis tapak yg aku beli, iaitu Bias Binding Footer dan Gathering Footer..

Semalam baru aku sempat nak belek dan cuba menjahit menggunakan kedua2 tapak..

Gathering foot



Dengan blurnya aku pasang tapak.. Tak tahu nak guna tapak ni macam mana.. Aku tengok dlm manual mesin jahit pun tadak tunjuk berkenaan tapak yg satu ni.. Argh.. Lupa pula nak google info cara nak guna tapak ni..

Akhirnya, aku hentam saja laa.. Mula2 aku adjust jarak jahit.. Tak ada apa2 kesan.. Kemudian aku naikkan tension benang bawah, baru nampak rupa kain yg dijahit.. Pagi ni baru berpeluang google pasal tapak ni.. Siap dpt video lagi.. Layan...

Psst : video ni pakai tapak plastik..



Bias Binding Foot



Tapak ni leh pakai utk bias tape saiz standard (aku lupa ukuran dia..) yang macam beli siap kat kedai tu atau yang LEBIH KECIL.. So, pilihan yg ada sama ada nak pakai bias tape made-in-kedai atau potong kain ikut saiz yg di ingini..

Cara nak masuk pun beza.. Mujur la dibekalkan ngan manual cara nak guna.. Kalau blur sekali lagi.. Hahaha..

Ni cara masukkan bias tape saiz standard mcm kat kedai.. Pada lubang paling atas (lubang ni gunanya sebagai guide, jahit ikut saiz bias tape yg kita gunakan..)


Video ni pula tunjukkan cara nak guna jika kita potong kain.. Layan video cara nak guna..


More info : http://www.sewingmachine-sales.co.uk/

4 comments:

Diesha said...

salam misa...
thanks sharing...

yang tapak binding tu kan..kalau sha jahit napa yer yang bawah tu asik tak kene jahitan la kun(bhgn belakang) dia...huhu...

misa said...

salam..

diesha,

jahitan pd sebelah atas terlalu rapat ke hujung? sepatutnya kedua2 belah jarak jahitnya sama..

jika pakai kun yg sudah siap (contohnya yg beli kat kedai), diesha kene masuk kat melalui lubang paling atas sekali.. (gambar misa update pd entry nih)

kemudian kedudukan jarum dan tapak perlu disesuaikan..

Diesha said...

ooo...tqtqtq..... kasik 5 bintang..hahaha...thanks...

misa said...

diesha..


tq.. harap info ni dpt membantu.. ;)